Blogger Widgets

Jumaat, 14 Disember 2012

CONTOH INSTRUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 - SIRAH


CONTOH INSTRUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 - SIRAH



Band


B1

Pernyataan standard



Mengetahui asas membaca Al Quran, Hadis terpilih, menghafaz surah tertentu, mengetahui asas aqidah, ibadah, adab, sirah Rasulullah SAW dan jawi.


Deskriptor


B1D8
Boleh menyatakan  peristiwa kelahiran  Nabi Muhammad saw.


Evidens


B1D8E1
Menyebut peristiwa semasa kelahiran Nabi Muhammad saw.


Instrumen


Lisan

Aktiviti


1.    Guru akan megemukakan soalan dengan pelajar  tentang peristiwa kelahiran nabi Muhammad saw
2.    Pelajar akan menjawab secara lisan.


Contoh item

Rujuk  Lampiran B1D8E1

soalan lisan...


Soalan:    Apakah  yang  terjadi semasa Nabi Muhammad saw dilahirkan?
Jawapan: Semasa nabi lahir:
-        Tidak menangis tetapi bersin.
-        Keadaan rumah nabi terang benderang dilimpahi cahaya.
-        Api sembahan agama Majusi di Rom dan Parsi  terpadam.

buku Pendidikan Islam tahun 1

kisah penyusuan nabi Muhammad s.a.w


PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Setelah nabi dilahirkan, ibunya Aminah telah menyusukannya selama 3 hari. Kemudian ibu nabi telah menyerahkan nabi kepada ibu susuan untuk disusukan selama lebih kurang 4 bulan. Ibu susuan pertama nabi bernama Suwaibatul Aslamiah. Suwaibatul Aslamiah ini merupakan hamba kepada Abu Lahab.
      seterusnya, baginda telah disusukan pula ibu susuan kedua yang bernama Halimatus Sadiah. Halimatus sadiah tinggal di desa Bani Saad. Nabi tinggal bersama Halimatus Sadiah sehingga nabi berusia 5 tahun.

contoh instrument sirah

Mari kenali biografi nabi Muhammad s.a.w

                 BIOGRAFI RASULULLAH s.a.w


Nama             : Muhammad bin Abdullah s.a.w 

Bapa              : Abdullah B. Abdul Mutallib B. Hashim B.Abdul Manaf B. Qusay B.  Kilab B.  Murrah.

Ibu                 : Aminah Bt. Wahab B. Abdul Manaf B. Zuhrah B.  Kilab B. Murrah.

Tarikh Lahir : Isnin sebelum terbit matahari, 12 Rabiulawal tahun ke 53 sebelum hijrah / 570Masihi

Tempat lahir : Makkah al Mukaramah berhampiran bukit Sofa (rumahAbu Talib)

Tarikh menjadi Nabi : 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah / 609Masihi, Gua  Hira', Makkah al-Mukarramah

Wafat             : Isnin, sebelum tangahari, 12 Rabiulawal tahun ke 11 Hijrah/  632Masihi di Madinah

pekerjaan      : 1. Pengembala kambing.
                          2. Berniaga(sehingga berumur 40 tahun)
                          3. Bertugas secara rasmi sebagai nabi/rasul

Nama penjaga : Ummu Aiman.

Nama Ibu susuan : 1.  Tsuwaibah Al-Aslamiah
                                  2. Halimah bt. Dzuaib as-Sa'diyah.